Hari ini, murid -murid yang mengikuti pertandingan Action Song telah mendapat trofi mereka semasa perhimpunan tahap 1. Atas permintaan guru dan penyelia petang, kumpulan ini telah mengadakan persembahan bagi tatapan semua murid-murid tahap 1 sekolah ini. Ini adalah salah satu tujuan untuk menarik minat murid-murid tahap 1 dalam meningkatkan lagi bahasa Inggeris mereka. Pada masa yang sama juga, murid-murid ini juga didedahkan asas dalam pertandingan coral speaking pada tahap 2 nanti memandangkan koliografi dan keseragaman serta intonasi dan juga sebutan diutamakan dalam pertandingan ini.
Murid-murid kumpulan Action song ini akan bertanding sekali lagi pada hari Rabu atas jasa Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Tasmi Sahawi dan beberapa guru yang mengambil tahu tentang petandingan kumpulan ini. Tahniah sekali diucapkan kepada kumpulan Action Song dan semoga peluang yang ada pada kali ini diambil penuh komitmen oleh jurulatih dan murid-murid untuk mengharumkan nama sekolah sekali lagi. Good Luck and wish you all the best. (* Dengan mengambil kesempatan ini, juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang turut bertanding dalam story telling dan pasukan catur sekolah dengan ucapan st patrick, st patrick go go go.....)
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa penyampaian trofi kepada pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di pertandingan action song yang telah berlangsung di SK Jambatan Putih.
1) Muhammad Daniel
2) Amirah Radhianie
3) Maizatul Amirah
4) Mohd Amirul Safwan
5) Halimatul Azareen
6) Nur Natasyah
7) Muhammad Ridhwan
8) Mohd Zulhelmy Shafique
9) Nurul Natasyah
10) Nor Sarah Boleh
11) Nur Najjat Baharudin
12) Nor Atika Mageleling
13) Muhamad Azim
14) Nur Afiqah Aripudin
15) Nur Syahrain Alyana
16) Fadhlul Ad. Din B Azlan
17) John Mark Duis
GAMBATAY...........!!!!
No comments:
Post a Comment