I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 28, 2008

Tahniah.....!

Tahniah kepada murid-murid action song kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah sekali lagi dengan mendapat johan dalam pertandingan Action song. Pertandingan ini telah berlangsung pada 26 Mac 2008 di grandstand sekolah sendiri . Seterusnya, pasukan action song akan mewakili Tawau untuk ke pertandingan action song peringkat negeri. Marilah sama-sama berdoa agar pasukan ini dapat mengharumkan nama sekolah sekali lagi. Tidak ketinggalan pasukan catur sekolah yakni akan bertanding di peringkat antara zon yang akan berlangsung di Semporna pada 1,2 dan 3 April 2008 nanti. Semoga murid-murid sekolah kita (4 orang) akan berusaha untuk menaikkan nama sekolah. All The Best To Our Team.... St Patrick ...Gambatay!!!

Monday, March 24, 2008

Perhimpunan Isnin...

( Mendung/hujan renyai-renyai )
Hari ini, murid -murid yang mengikuti pertandingan Action Song telah mendapat trofi mereka semasa perhimpunan tahap 1. Atas permintaan guru dan penyelia petang, kumpulan ini telah mengadakan persembahan bagi tatapan semua murid-murid tahap 1 sekolah ini. Ini adalah salah satu tujuan untuk menarik minat murid-murid tahap 1 dalam meningkatkan lagi bahasa Inggeris mereka. Pada masa yang sama juga, murid-murid ini juga didedahkan asas dalam pertandingan coral speaking pada tahap 2 nanti memandangkan koliografi dan keseragaman serta intonasi dan juga sebutan diutamakan dalam pertandingan ini.
Murid-murid kumpulan Action song ini akan bertanding sekali lagi pada hari Rabu atas jasa Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Tasmi Sahawi dan beberapa guru yang mengambil tahu tentang petandingan kumpulan ini. Tahniah sekali diucapkan kepada kumpulan Action Song dan semoga peluang yang ada pada kali ini diambil penuh komitmen oleh jurulatih dan murid-murid untuk mengharumkan nama sekolah sekali lagi. Good Luck and wish you all the best. (* Dengan mengambil kesempatan ini, juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada murid yang turut bertanding dalam story telling dan pasukan catur sekolah dengan ucapan st patrick, st patrick go go go.....)

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa penyampaian trofi kepada pasukan yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di pertandingan action song yang telah berlangsung di SK Jambatan Putih.

Usaha simpanan turut tidak diketepikan dan dilupakan.

BARISAN AHLI-AHLI ACTION SONG
1) Muhammad Daniel
2) Amirah Radhianie
3) Maizatul Amirah
4) Mohd Amirul Safwan
5) Halimatul Azareen
6) Nur Natasyah
7) Muhammad Ridhwan
8) Mohd Zulhelmy Shafique
9) Nurul Natasyah
10) Nor Sarah Boleh
11) Nur Najjat Baharudin
12) Nor Atika Mageleling
13) Muhamad Azim
14) Nur Afiqah Aripudin
15) Nur Syahrain Alyana
16) Fadhlul Ad. Din B Azlan
17) John Mark Duis


GAMBATAY...........!!!!

Thursday, March 20, 2008

Congratulation!!!

Syabas dan tahniah kepada murid-murid action song tahap 1 kerana telah mendapat tempat ke-2 di peringkat MSSZBUT yang berlangsung pada 19 Mac 2008 bertempat di kantin SK Jambatan Putih.
Keputusannya adalah seperti berikut:

Action song:
1st : SJKC Yuk Chin
2nd : SK St Patrick
3rd: : SJKC Sin Hwa

Story Telling:
1st : SJKC Sin Hwa
2nd : SK St Patrick
3rd : SJKC Yuk Chin

Dengan ini bermakna, tiada wakil daripda sekolah kita yang akan mewakili ke MSSBT yang bakal dianjur oleh sekolah sendiri pada 26 Mac 2008 kerana hanya tempat pertama sahaja yang akan diambil untuk mewakili zon masing-masing. Walau Bagaimanapun, tahniah juga diucapkan kepada murid-murid tahap 1 yang mewakili action song kerana telah bertungkus-lumus berlatih (termasuk cuti) dengan sebaik-baiknya dan juga kerjasama ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sekolah. Tidak juga dilupakan kepada Cikgu Norhaihan yang telah banyak menyumbangkan "mi" dan "nasi" untuk murid-murid semasa latihan diadakan.
Semoga berjaya pada tahun hadapan. Wasalam.

Berikut adalah suasana dan gambar yang sempat diambil semasa pertandingan dijalankan.

Masih lagi menunggu keputusan

Anak Cikgu Lo yang mewakili SJKC Yuk Chin


Barisan urusetia


Pada Hakim jemputan yang bijaksana

Menunggu giliran untuk membuat persembahan.

Bergambar sebelum bertanding


Kebanyakan murid tahun 3H yang terlibat dalam pertandingan kali ini.


Watak ibu dan penyanyi utama lagu "Thank You Mother"


Tabahkan diri untuk bertanding walaupun masih demam

Thursday, March 13, 2008

Semoga Berjaya!!!

Terdapat beberapa murid di sekolah ini akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti golf, badminton, story telling, action song dan choral speaking untuk mengharumkan nama sekolah. Dengan mengambil kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya dan semoga hasil usaha yang gigih akan mendapat balasannya. Good Luck!!!

Saturday, March 8, 2008

Jasamu dikenang...

Puan Norhayati telah melaporkan diri bertugas sebagai kerani(N19) di sekolah ini pada tahun 2006. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas-tugasnya. Beliau juga telah banyak membantu guru-guru dalam urusan perhubungan rasmi dan juga memberi tunjuk ajar kepada guru. Kini, beliau telah ditukarkan ke SK Ranggu untuk meneruskan perkhidmatannya di sana. Terima kasih atas segala-galanya. Jasamu tetap dikenang.