3 Januari 2008:- Hujan
Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan murid-murid SK St Patrick dan tidak lupa juga kepada murid-murid baru (Tahun 1). Hari ini ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke sekolah untuk tujuan yang berbeza-beza. Ada yang ke sekolah semata-mata untuk membayar yuran, ada yang ingin melihat suasana sekolah dan ada juga yang berjumpa dengan guru untuk berkenalan dengan guru yang mengajar anak mereka.
Hari ini kesemua murid tahap 1 telah berkumpul di grandstand dan pada masa yang sama program transisi untuk tahun 1 turut bermula di sana. Berikut adalah gambar-gambar bagi murid-murid tahun 1 yang sedang mengikuti program transisi. Tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana sibuk dengan pengagihan buku teks Tahun 3. Pengagihan buku teks tidak dapat diedarkan dengan lancar kerana masih banyak buku lagi yang belum sampai ke sekolah. Walau bagaimanapun, apa yang dapat dilakukan adalah hanya menunggu pengedar buku sampai kerana ini adalah kesilapan pengedar buku sendiri yang tidak dapat mengedar buku ke sekolah tepat pada masa (Kata pegawai buku teks dari Kota Kinabalu).
Alamak..... apa yang telah berlaku kepada guru saya ni....?
Suasana menunggu anak selepas hujan di sekolah..
This is my friend's ear..... can I touch your ear?
Mari murid-murid, ikut cikgu buat regangan di bahagian kepala...
No comments:
Post a Comment